Dihukum Penjara 30 Tahun Kerana Rogol Anak Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Seorang penganggur dihukum penjara 30 tahun oleh Mahkamah Rayuan, Khamis, terhadap tiga pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 14 tahun.

Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus mempengerusikan panel hakim tiga anggota membenarkan rayuan pendakwaan supaya hukuman penjara dijalankan secara berasingan mulai 14 Julai tahun lepas.

Lelaki berusia 55 tahun itu dijatuhi hukuman penjara sejumlah 48 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang pada 7 Mei 2010 selepas dapati dia bersalah terhadap tiga tuduhan merogol anaknya di sebuah rumah di Ampang pada 18 Ogos 2002, 15 September 2002 dan 17 Januari 2003.

Dia dihukum penjara 16 tahun bagi setiap pertuduhan tetapi tidak dikenakan rotan kerana usianya melebihi 50 tahun. Lelaki itu mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam dan pada 14 Julai 2011, mahkamah membenarkan rayuannya supaya hukuman penjara berjalan serentak, bermakna dia hanya perlu menjalani hukuman selama 16 tahun.

Pihak pendakwaan kemudian mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Hishamudin, ketika membenarkan rayuan pendakwaan agar lelaki itu menjalani hukuman penjara secara berasingan, berkata mahkamah berpendapat setiap kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah kesalahan berbeza.

Bagaimanapun, beliau berkata demi keadilan, mahkamah mengurangkan tempoh hukuman dari 48 tahun kepada 30 tahun selepas mengambil kira dia telah menjalani hukuman penjara empat tahun dan enam bulan ketika ditahan sewaktu menunggu keputusan Mahkamah Sesyen.

Hishamudin yang mengetuai panel itu bersama hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohtarudin Baki dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zawawi Salleh, berkata tidak ada apa-apa yang menunjukkan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi telah mengambil kira tempoh tahanan empat tahun dan enam bulan yang dijalani lelaki itu.

Beliau berkata mahkamah juga turut mengambil kira pelbagai faktor termasuk usia lelaki itu.

Berdasarkan fakta kes, lelaki itu merogol anak perempuannya apabila isterinya tiada di rumah.

Mangsa menceritakan insiden itu kepada rakan sekelasnya yang kemudian memaklumkan kepada guru disiplin.

Guru itu telah memanggil ibu mangsa ke sekolah dan memberitahu kejadian itu. Mangsa kemudian membuat laporan polis.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili lelaki itu berhujah sekiranya lelaki itu diarah menjalani hukuman penjara selama 48 tahun, ia akan memberi 'kesan yang teruk' kepadanya kerana faktor usia.

Katanya anak guamnya akan berusia 102 tahun apabila dibebaskan daripada penjara, dan menambah jangka hayat lelaki Malaysia hanyalah 70 tahun.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Abazafree Mohd Abas.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan