Bekas Pekerja Istana Dipenjara Tiga Tahun, Dua Sebatan Salah Guna Kad Minyak Istana

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang bekas pekerja Istana Mestika di Seksyen 7 di sini, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan menyalahguna dua keping kad minyak milik istana Selangor berjumlah RM345.85, empat tahun lepas.

Hakim Aslam Zainuddin menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati pembelaan tertuduh, Zaharuddin Ithnin, 43, gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Seramai sembilan saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Zaharuddin, yang ketika kejadian bertugas sebagai pemandu kenderaan negeri Selangor di pejabat Sultan Selangor, didakwa menyalahguna kad minyak Shell milik Istana Selangor berjumlah RM192.06 di Stesen Minyak Shell Warisan Faezah Enterprise, Kampung Batu Belah, Jalan Sungai Putus, Klang, antara 2.45 petang dan 3.30 petang, pada 21 Mac 2008.

Tertuduh juga didakwa menyalahguna sekeping lagi kad minyak Shell milik Istana Selangor berjumlah RM153.79 di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, Zaharuddin dihukum mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebatan dan denda.

Tertuduh sebelum ini dibicarakan atas pertuduhan pecah amanah mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan. Bagaimanapun di akhir kes pendakwaan, mahkamah memutuskan untuk meminda pertuduhannya kepada seksyen 403 Kanun yang sama.

Terdahulu, peguam Abdul Halem Mohamed Husin yang mewakili Zaharuddin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana anak guamnya menyesal atas perbuatannya dan kesalahan itu meninggalkan kesan besar dalam kehidupannya.

"Tertuduh telah berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Selepas dituduh di mahkamah, anak guam saya telah dipecat dan dia kemudian bekerja sebagai kerani penghantaran. Ibunya juga meninggal dunia semasa perbicaraan kes ini," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Faten Hadni Kamaruddin, yang mengendalikan pendakwaan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran bukan sahaja kepada tertuduh tetapi juga kepada pekerja istana lain agar tidak mengambil kesempatan terhadap harta milik istana.

Beliau juga memohon mahkamah mengambil kira keseriusan kesalahan tertuduh kerana rakaman kamera kawalan litar tertutup (CCTV) jelas menunjukkan tertuduh menggunakan kad minyak itu untuk mengisi petrol ke dalam tong yang diletakkan di dalam but kenderaan yang bukan milik kerajaan. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan