Bapa Didakwa Bunuh Anak Sendiri

Diterbitkan: Khamis, 29 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pekerja ladang kelapa sawit Mohd Aswadey Ismail, 29, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh anak kandungnya sendiri pada 16 November lepas. -fotoBERNAMA
Pekerja ladang kelapa sawit Mohd Aswadey Ismail, 29, dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh anak kandungnya sendiri pada 16 November lepas. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Seorang pekerja ladang kelapa sawit dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan membunuh anak kandungnya sendiri pada 16 November lepas.

Mohd Aswadey Ismail, 29, didakwa membunuh Nor Amirah Mohd Aswadey, 11 bulan, di antara pukul 9.30 malam hingga 10.30 malam di rumah mereka yang bernombor 146, Felda Sungai Panching Selatan, di sini.

Bagi kesalahan itu, Mohd Aswadey didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memahami pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Nurunaim Abdullah.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd Nazari kemudiannya memohon mahkamah untuk merujuk tertuduh ke Hospital Psikiatrik bagi pemeriksaan mental bagi pengesahan tertuduh mengalami masalah mental atau tidak.

Nurunaim menetapkan 28 Dis depan untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, di mahkamah yang sama tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan penyalahgunaan dadah.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan pada pukul 2 pagi, 17 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda tidak melebihi RM5,000 dan dua tahun pengawasan. Nurunaim menetapkan 7 Jan depan untuk sebutan semula kes tersebut.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mohd Aswadey mengelar anak kandungnya sendiri yang berusia 11 bulan selepas khayal mengambil dadah di rumahnya di Felda Panching Selatan ,16 November lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata, suspek yang mengusahakan kebun kelapa sawit di tanah rancangan itu didapati mengambil dadah menyebabkan dia berkhayal dan mendakwa ada individu yang mahu mengambil anaknya.

Polis menahan suspek pada hari yang sama di persimpangan lampu isyarat berdekatan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) iaitu lima kilometer dari rumahnya serta menemui sebilah pisau berukuran 15 sentimeter di dalam bilik tempat kejadian yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan