Mahkamah Tinggi Tangguh Pengurusan Kes Lynas Saman SMSL Pada 17 Dis

Diterbitkan: Rabu, 28 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini Selasa menangguhkan pengurusan kes saman fitnah Lynas (Malaysia) Sdn Bhd (Lynas) terhadap kumpulan anti-Lynas, Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) pada 17 Disember depan.

Hakim Datuk Mariana Yahya yang membuat keputusan itu berkata, penangguhan itu dilakukan supaya kes itu dijalankan selepas mendapat keputusan rayuan Lynas di Mahkamah Rayuan, Putrajaya Khamis ini.

Sebelum ini, kes berkenaan difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, namun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk John Louis O'Hara.

Kes itu dipindahkan selepas permohonan SMSL dan dua individu yang terbabit dalam kes saman berkenaan, Tan Bun Teet dan Lim Sow Teow dibenarkan oleh hakim berkenaan.

Bagaimanapun, Lynas menfailkan tuntutan rayuan agar prosiding kes berkenaan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Lynas diwakili Tetuan Jeff Leong, manakala SMSL dan dua individu itu diwakili firma guaman Bastian Vendargon. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan