Sebutan Semula Kes Datuk Seri Dan Anaknya Sebabkan Kematian Peniaga Air Pada 10 Disember

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat menetapkan 12 Disember ini untuk sebutan semula kes membabitkan seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk Seri' dan anaknya yang menyebabkan kematian seorang peniaga air, pada Ogos lepas.

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt memperoleh laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Tertuduh, Datuk Seri Jaafar Shaari, 50, dan anaknya Ahmad Jiwari, 23, bersama-sama didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Azahari Sidek, 44, di Downtown The Mines, Seri Kembangan, Selangor, antara pukul 3.40 pagi dan 5.30 pagi, 13 Ogos lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua tertuduh diwakili peguam Che Azmi Che Omar.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen yang lain, Hakim Yasmin Abdul Razak menetapkan 14 Dis depan untuk sebutan semula kes seorang ibu muda yang didakwa menyebabkan kematian bayi perempuannya yang baru dilahirkan, September lepas.

Hakim Yasmin menetapkan tarikh itu bagi membolehkan pihak pendakwaan mendapatkan dokumen berkaitan kes tersebut.

Siti Fazlena Sahili, 20, seorang pekerja kilang, didakwa dengan sengaja mencampak bayinya dari beranda sebelah bilik air rumahnya hingga mengakibatkan kematian bayi itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Flat Desa Mentari, Jalan PJS 6/5E Sungai Way, di sini, pada 11 pagi, 16 Sept lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin manakala tertuduh diwakili peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan