Nurul Izzah Saman Utusan Dakwa Putar Belit Kenyataan Dalam Isu Kebebasan Beragama

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pada Jumaat memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu Berhad atas dakwaan penerbit akhbar berkenaan telah memutar belitkan kenyataannya dalam isu kebebasan beragama.

Nurul Izzah berkata saman tersebut telah difailkan oleh peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil Kuala Lumpur.

Beliau menuntut akhbar tersebut memohon maaf, mendapat perintah menghalang defendan menerbitkan kenyataan yang berunsur fitnah, ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi teruk serta kos mahkamah.

Nurul Izzah berkata beliau telah menghantar surat kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kenyataannya dan beliau bersedia bertemu dengan Baginda bagi menjelaskan situasi sebenar.

Baginda telah menyatakan kekesalannya terhadap kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pada forum, bertajuk 'Negara Islam: Versi Mana;Tanggungjawab Siapa?' di Subang Jaya pada 3 November lalu.

Ekoran kritikan yang diterimanya, pada 5 November, Nurul Izzah turut mengeluarkan kenyataan di laman 'Facebooknya' menafikan beliau menyokong gerakan murtad.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan