Mahkamah Tetapkan 15 Februari Untuk Pengurusan Kes Rayuan Terhadap Pembebasan Anwar

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan telah menetapkan 15 Februari tahun depan bagi pengurusan kes rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Timbalan Pendaftar N.Kanageswari menetapkan tarikh itu selepas mengadakan pertemuan di dalam kamar pada hari Jumaat.

Peguam Anwar, Ramkarpal Singh, kemudiannya memberitahu pemberita bahawa pihaknya telah diberikan lebih banyak masa untuk meneliti dan mengesahkan nota keterangan.

"Terdapat kira-kira 22 jilid CD (atas nota-nota keterangan) yang sangat besar dan teknikal," katanya.

"Kedua-dua pihak masih belum selesai mengesahkan kandungan, jadi mahkamah memberi kita lebih banyak masa untuk menyelesaikannya," kata Ramkarpal, sambil menambah ia akan menjadi satu proses yang sangat memakan masa.

Pihak pendakwaan telah menyatakan sembilan alasan dalam petisyen rayuan untuk mengetepikan pembebasan Anwar.

Anwar telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari kerana didakwa meliwat Mohd Saiful, bekas pembantu beliau, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan