Akta Perhimpunan Aman Di Luar Batas Perlembagaan Persekutuan - Karpal

Diterbitkan: Jumaat, 23 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akta Perhimpunan Aman 2012 telah melarang sama sekali hak untuk berhimpun dengan cara protes jalanan, demikian Mahkamah Tinggi di sini diberitahu pada Jumaat.

Peguam Karpal Singh, yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bahawa peruntukan di bawah Seksyen 4(1)(c) akta tersebut tidak bertujuan untuk 'menyekat' tetapi lebih kepada 'melarang' hak untuk berhimpun.

"Mana-mana protes jalanan sebenarnya adalah satu perhimpunan bergerak dan akta itu tidak sepatutnya melarang sama sekali, " katanya sambil menegaskan seksyen itu adalah tidak konsisten dan bercanggah dengan peruntukan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata, akta itu sendiri pada hakikatnya menarifkan protes jalanan sebagai satu perhimpunan bergerak.

"Malah Perkara 10(1)(b) dengan jelas menyatakan bahawa semua rakyat mempunyai hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata," kata Karpal.

Beliau seterusnya berhujah bahawa perkataan 'sekatan' harus ditafsirkan sebagai sekatan yang munasabah sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 10 dan perlembagaan adalah undang-undang utama dalam sesebuah negara.

"Mana-mana undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka, yang tidak selaras dengan perlembagaan harus diisytiharkan sebagai tidak sah," katanya yang menggesa Hakim Kamardin Kashim untuk membenarkan permohonan Anwar dengan kos.

Kamardin menetapkan 30 November ini bagi responden (pendakwaan) membalas penghujahan pemohon itu.

Dalam perkembangan berkaitan, peguam bersama Ram Karpal Singh berkata, jika keputusan mahkamah memihak kepada Anwar maka salah satu daripada tuduhan di bawah Akta Perhimpunan Aman akan digugurkan, sekali gus meninggalkan hanya dua tuduhan yang masih belum selesai di Mahkamah Sesyen.

Anwar, 64, yang juga Ketua Pembangkang bersama Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali, 48 serta Ketua cabang PKR rembau, Badrul Hisham Shaharin,34, didakwa pada 22 Mei lepas kerana menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara pada 28 April lepas.

Mereka juga menghadapi tuduhan kedua iaitu bersuhabat dengan Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim dengan menghasut ketiga-tiga mereka membuka sekatan besi halangan di Jalan Raja, di sini, pada hari yang sama.

Mereka merupakan individu pertama didakwa di bawah Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 jika sabit kesalahan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan