Penghidap Tibi Dipenjara, Disebat Kerana Culik Dan Cabul Kanak-Kanak

Diterbitkan: Khamis, 22 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang mendakwa penghidap tibi dihukum penjara empat tahun dan dua sebatan atas pertuduhan menculik dan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun, lima hari lalu.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin menjatuhkan hukuman tersebut terhadap G.Jagajasen, selepas dia mengaku bersalah.

Bagi pertuduhan menculik, Siti Shakirah menjatuhkan hukuman penjara satu tahun terhadap Jagajasen dan bagi pertuduhan mencabul, dia dihukum penjara tiga tahun dan dua sebatan.

Bagaimanapun, Siti Shakirah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara serentak bermula dari tarikh kejadian iaitu pada 17 November lepas.

Jagajasen, 35, didakwa menculik seorang pelajar tahun dua daripada penjagaan ibunya, di tepi Jalan Raja Laut, di sini, pada 9.45 pagi, 17 November lalu, dan didakwa mengikut Seksyen 361 Kanun Keseksaan yang dihukum mengikut Seksyen 363 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Bagi tuduhan mencabul, dia turut didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kanak-kanak itu, di susur pejalan kaki di tepi sebuah sungai yang juga di bawah landasan sebuah stesen transit aliran ringan (LRT), di sini pada 10.45 pagi, hari yang sama.

Pertuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau sebat atau kedua-duanya.

Terdahulu, Jagajasen memohon mahkamah agar meringankan hukuman yang dijatuhkan kerana menghidap penyakit tibi dan sedang menjalani pemeriksaaan di Hospital Kuala Lumpur.

Dia juga memberitahu mahkamah bahawa dia telah insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan yang sama.

Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Zuraimi Kamarozzaman manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan