Keputusan Permohonan Khairy Ketepi Perintah Hakim 26 Nov Ini

Diterbitkan: Rabu, 21 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 26 Nov ini untuk memutuskan permohonan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar bagi mengetepikan perintah mahkamah itu yang membatalkan pembelaan beliau dalam kes saman RM100 juta oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah pihak berkaitan dalam kamar pada Selasa.

Khairy, yang diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah membuat permohonan itu berikutan kegagalan beliau, selaku defendan, mematuhi perintah mahkamah pada 29 Jun lepas.

Sebelum ini, Hakim Hue memerintahkan Khairy memfailkan dokumen termasuk senarai saksi dan ringkasan kes, bagaimanapun, defendan gagal mematuhi perintah itu malah peguamnya turut tidak hadir ke mahkamah pada 13 Ogos lepas, yang ditetapkan untuk pengurusan kes.

Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau, dalam permohonannya pada 9 Nov lepas berkata beliau tidak sengaja gagal mematuhi perintah itu.

Permohonan itu turut menyatakan beliau mempunyai pembelaan yang baik untuk tindakan itu, malah tidak prejudis terhadap plaintif secara alternatif, dan sekiranya ada, ia boleh dipampas dengan kos munasabah.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman selepas mendakwa Khairy, yang ketika itu Timbalan Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan perkataan berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk 'Anwar and kin no threat' disiarkan di laman web termasuk Malaysiakini.com.

Ketua pembangkang itu juga mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi kata-kata yang diucapkan Khairy pada satu ceramah di Lembah Pantai pada atau kira-kira 20 Feb 2008.

Permohonan Khairy untuk mengetepikan saman fitnah itu atas alasan ia bersifat remeh, menyusahkan dan menyalah guna proses mahkamah ditolak Mahkamah Tinggi.

Beliau kemudian mengemukakan rayuan berhubung keputusan itu.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan memerintahkan kes itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan Khairy perlu membayar kos guaman sebanyak RM10,000 kepada Anwar. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan