Permohonan Rafizi Ketepi Pertuduhan Di Bawah Akta Bafia Diputuskan Jumaat Ini

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan Jumaat ini untuk memutuskan permohonan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli untuk mengetepikan pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia) 1989 terhadapnya di Mahkamah Sesyen.

Hakim, Datuk Ghazali Cha menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujah peguam R.Sivarasa dan Timbalan Pendakwa Raya Nahra Dollah.

Nahra berkata, mahkamah tidak harus membenarkan permohonan Mohd Rafizi kerana adalah tidak adil jika Mahkamah Sesyen tidak boleh mendengar fakta kes yang akan didedahkan di mahkamah itu.

Beliau juga berkata, jika permohonan itu dibenarkan, ia akan memberi persepsi kepada rakyat bahawa mereka boleh mendedahkan sebarang maklumat perbankan kepada umum.

Nahra turut menyifatkan hujah Sivarasa bahawa Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail, yang ikatakan 'penipu' dalam skandal NFC dan dengan itu tidak perlu dilindungi di bawah bafia, adalah mengelirukan.

Beliau berkata, Dr Muhammad Salleh, yang berdepan dua pertuduhan pecah amanah jenayah membabitkan RM49.7 juta di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 12 Mac lepas, masih mempunyai hak untuk dilindungi di bawah Bafia.

Terdahulu, Sivarasa berkata, seorang pemberi maklumat seperti Mohd Rafizi tidak sepatutnya didakwa di mahkamah.

Bagaimanapun, beliau berkata, perlindungan untuk pemberi maklumat adalah lemah dan sekadar ingin menghalang mereka membuat pendedahan kepada media.

Bagaimanapun, Nahra berkata, Mohd Rafizi tidak layak dianggap sebagai seorang pemberi maklumat atau dilindungi di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 kerana telah mendedahkan dokumen kewangan NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd dan Agroscience Industry Sdn Bhd dari Public Bank Bhd kepada umum.

Beliau berkata, Mohd Rafizi sepatutnya melaporkan perkara itu kepada Polis Diraja Malaysia atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, jika beliau ingin layak dianggap sebagai pemberi maklumat.

Mohd Rafizi, 35, didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank iaitu NFC, National Meat & Livestock Sdn Bhd, Agroscience Industries Sdn Bhd dan Dr Mohamad Salleh, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac lepas.

Dia mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 1 Ogos lepas mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada 10 September lepas, Mohd Rafizi memfailkan permohonan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan pertuduhan ke atasnya atas alasan prosiding jenayah di Mahkamah Sesyen bermotif politik. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan