Juruelektrik Dipenjara Lima Tahun Setengah Rogol Gadis Bawah Umur

Diterbitkan: Isnin, 19 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang juruelektrik yang sebelum ini dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol gadis bawah umur, pada Isnin dijatuhi hukuman penjara lima tahun setengah oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini.

Hakim Datuk Seri Zakaria Sam menetapkan hukuman itu selepas mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebaskan Chuah Guan Jiu, 22, dengan bon jaminan berkelakuan baik selama tiga tahun dengan ikat jamin RM25,000 pada Ogos lepas.

Dalam penghakimannya Zakaria berkata persetujuan mangsa (melakukan hubungan seks) tidak boleh diambil kira dalam kes rogol dan tertuduh tidak sepatutnya mengambil kesempatan terhadap mangsa.

Pada 20 Julai, Chuah mengaku bersalah merogol teman wanitanya yang ketika itu berusia 12 tahun di flat kediamannya di Air Itam, di sini antara 7 pagi dan 1 petang pada 18 Julai tahun lepas, dan antara 2.25 petang dan 2.45 petang keesokan harinya.

Chuah didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun pada Ogos lepas, Hakim Mahkamah Sesyen Sitarun Nisa Abdul Aziz membebaskan Chuah atas alasan faktor usia tertuduh yang masih muda dan ia adalah kesalahan pertamanya.

Penghakiman itu dibuat selepas kes bekas pemain tenpin boling kebangsaan, Noor Afizal Azizan yang dibebaskan dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 selepas Noor Afizal mengaku bersalah merogol gadis berusia 13 tahun.

Pihak pendakwaan kemudiannya membuat rayuan ke Mahkamah Tinggi bagi mengenepikan penghakiman Mahkamah Sesyen itu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lim Cheah Yit dan Awang Armadajaya Awang Mahmud manakala Chuah diwakli peguam P. Ashokumar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan