Bomoh Warga Indonesia Didakwa Rogol Gadis 14 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bomoh warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Jumaat terhadap pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur, minggu lepas.

Parjono, 33, didakwa merogol remaja berusia 14 tahun itu di sebuah bilik bernombor 48, Jalan 16/10, Taman Koperasi Polis, Fasa 1, Sentul di sini di antara 9 malam, 7 Nov hingga 5.30 pagi, 8 Nov.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 375 (g) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 376 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin memohon kepada mahkamah agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan Parjono merupakan warga asing.

Hakim Mohamad Sekeri Mamat membenarkan permohonan itu dan menetapkan 17 Dis ini untuk sebutan semula kes. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan