Banduan Mengaku Tidak Bersalah Cederakan Tiga Anggota Polis

Diterbitkan: Jumaat, 16 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Seorang banduan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Jumaat atas tuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap tiga anggota polis yang mengiringinya ketika dia melarikan diri pada September lepas.

Ruslan Ismail, 32, bekas buruh ladang kelapa sawit di Ajil, Terengganu juga mengaku tidak bersalah atau tuduhan melarikan diri daripada kawalan polis berkenaan pada tarikh dan waktu yang sama.

Berpakaian seragam penjara warna merah cili berjalur biru, Ruslan didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas Kpl Abdul Rashid Ahmad, 51, Konstabel Zuhairi Ramli, 24, dan L/Kpl Filyx Ian Saver Jindu, 25, ketika mereka dalam perjalanan membawanya ke Penjara Penor untuk menjalani hukuman bagi kesalahan memiliki dadah.

Dia didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Jalan Kuantan-Bypass berdekatan Taman Datuk Rashid, di sini pada 11.45 pagi, 18 Sept lepas.

Bagi tuduhan mencederakan anggota polis, dia dituduh mengikut Seksyen 333 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 10 tahun dan denda, manakala bagi tuduhan melarikan diri dari tahanan polis, mengikut Seksyen 224 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Farahah Mohd Nazari tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dengan alasan dia mungkin akan melarikan diri sekali lagi.

Penolong Pendaftar Kanan Jesseca Daimis yang bersidang sebagai Majistret kemudian menetapkan 6 Dis ini sebagai tarikh pra-bicara.

Mengikut fakta kes, tertuduh melarikan diri daripada kawalan polis yang mengiringinya selepas kereta peronda yang dinaiki, terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini.

Dia bagaimanapun berjaya ditahan semula di Taman Dato Rashid hasil bantuan penduduk kawasan berkenaan pada 10.25 malam, hari yang sama selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya dan meminta air di sebuah rumah penduduk di taman tersebut. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan