Guru Dikait Dengan Bersih 2.0 Gagal Dalam Tuntutan

Diterbitkan: Khamis, 15 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Seorang guru sekolah swasta, Musafri Abdullah Azmi keluar dari mahkamah selepas gagal dalam tuntutan terhadap pihak polis yang dikaitkan dengan perhimpunanan Bersih 2.0 di Mahkamah Tinggi Shah Alam. -fotoBERNAMA
Seorang guru sekolah swasta, Musafri Abdullah Azmi keluar dari mahkamah selepas gagal dalam tuntutan terhadap pihak polis yang dikaitkan dengan perhimpunanan Bersih 2.0 di Mahkamah Tinggi Shah Alam. -fotoBERNAMA

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memutuskan bahawa proses penahanan seorang guru sekolah swasta yang dikaitkan dengan perhimpunan Bersih 2.0 pada Jun tahun lepas adalah sah dan tidak bercanggah dengan undang-undang.

Hakim Datuk Zainal Azman Abd Aziz membuat keputusan itu selepas menolak tuntutan yang difailkan oleh Musafri Abdullah Azmi, 28, terhadap empat pihak termasuk Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain Hishammuddin, Musafri selaku plaintif menamakan Kpl Ruslee Mastam, Insp Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Zahedi Ayob sebagai defendan.

Hakim Zainal Azman bagaimanapun memerintahkan defendan memulangkan lapan helai kemeja-T berwarna kuning bertulis "Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil" milik plaintif yang dirampas semasa penahanan itu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, mengikut keterangan saksi defendan pertama (Ruslee) dan defendan kedua (Misbahudin), mereka memberitahu plaintif alasan mengapa beliau ditangkap sebelum dibawa ke IPD Shah Alam dan mahkamah mendapati keterangan saksi-saksi tersebut lebih berwibawa.

"Ada banyak keterangan bercanggah diberikan plaintif daripada apa yang diberitahu dalam tuntutannya. Jelas bahawa plaintif menukar cerita mengikut keadaan tetapi keterangan saksi defendan konsisten.

"Plaintif ketahui sebab penahanannya dan sebab beliau dibawa ke IPD Shah Alam. Jelas satu fakta penting semasa plaintif dirakam percakapan ada tiga peguam turut berada di IPD Shah Alam dan tidak ada 'kelewatan tidak sepatutnya' oleh defendan untuk melengah-lengahkan proses rakaman percakapan plaintif," katanya.

Zainal Azman berkata tindakan defendan itu menunjukkan mereka tiada niat jahat serta motif tersembunyi terhadap plaintif dan penahanan plaintif merupakan satu proses penahanan biasa.

Beliau berkata plaintif ditahan bukan semata-mata kerana memakai kemeja-T kuning tetapi disebabkan plaintif disyaki terbabit dalam perhimpunan haram berikutan sebelum itu polis mendapat maklumat bahawa terdapat perhimpunan haram akan diadakan di kawasan berhampiran plaintif ditahan.

"Pakai kemeja-T tidak salah tetapi disebabkan plaintif ditahan di kawasan berdekatan perhimpunan haram jadi syak itu munasabah dan justeru mahkamah putuskan proses tangkapan plaintif adalah sah dan teratur serta tidak bercanggah dengan undang-undang.

"Mengenai tuntutan ganti rugi plaintif, walaupun beliau kata dia menyimpan kemeja-T itu dan ada pembeli, lapan kemeja-T itu harus dipulangkan kepada plaintif dalam masa 14 hari," katanya.

Dalam pernyataan tuntutannya, Musafri antara lain mendakwa penahanannya pada 24 Jun 2011 dibuat secara salah dan tidak sah, mala fide (berniat jahat), melanggar hak serta kebebasan asasi, melanggar Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang dan satu penyalahgunaan kuasa.

Katanya tindakan defendan yang membawanya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan menaiki kereta menyebabkan beliau berasa malu seolah-olah seperti seorang penjenayah.

Beliau berkata jikapun ada penahanan Bersih 2.0, yang mana tidak diakui olehnya, pengharaman itu hanya digazetkan pada 1 Julai 2011 oleh Menteri Dalam Negeri iaitu lima hari selepas dia ditahan.

Guru itu berkata beliau telah dilepaskan pada pukul 1.49 pagi, 25 Jun 2011 selepas ditahan kira-kira dua setengah jam tanpa diberitahu sebab-sebab beliau ditahan dan semua barang rampasan telah dipulangkan kepadanya kecuali lapan helai kemeja-T berwarna kuning itu.

Plaintif juga menuntut defendan memulangkan lapan helai kemeja-T berwarna kuning itu, gantirugi am, teruk dan teladan, faedah pada kadar 8 peratus, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan