Pemilik Syarikat Ejen Pelancongan Didakwa Salah Guna Wang Umrah

Diterbitkan: Rabu, 14 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Seorang pemilik syarikat ejen pelancongan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu terhadap 34 pertuduhan menyalah guna wang perbelanjaan yang diserahkan pelanggannya bagi mengerjakan umrah berjumlah RM291,250.

Jamlee Mohd Zid, 41, didakwa melakukan pecah amanah menyalahgunakan wang tersebut bagi kegunaan sendiri dengan melanggar perjanjian dalam pakej umrah yang menetapkan cara bagaimana amanah itu kena disempurnakan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu terhadap 34 individu di syarikat J&J Mesra Travel & Tours Sdn Bhd, Bukit Baru di sini antara 17 Ogos 2011 hingga 12 April 2012 mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Ahmad Sazali Omar kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM60,000 dengan enam penjamin bagi kesemua pertuduhan serta menetapkan 12 Disember depan bagi sebutan semula kes itu.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shazwani Ishak manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan