Rakyat India Ditahan Seludup Dadah

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kastam Johor menahan seorang warga India berusia 41 tahun kerana menyeludup dadah ketamin bernilai RM140,000 melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai di sini Rabu lalu.

Lelaki yang tiba dari Mumbai setelah singgah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur itu ditahan pukul 4 petang selepas imbasan ke atas dua bagasinya menunjukkan ada barang yang meragukan.

Hasil pemeriksaan lanjut, pihak kastam menemui dua bungkus plastik lutsinar yang disorok di dalam bahagian rahsia dua daripada tiga beg yang dibawa lelaki berkenaan.

"Dua bungkusan tersebut berisi serbuk kristal yang dipercayai dadah jenis ketamin dengan anggaran kasar kedua-dua bungkusan tersebut seberat empat kilogram bernilai RM140,000," kata Timbalan Pengarah Kastam Johor, Abdullah Sidik di sini, Jumaat.

Beliau memberitahu pemberita di Menara Kastam di sini, lelaki itu kini ditahan reman selama 14 dan disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori.

Abdullah berkata pihaknya masih menyiasat ke mana dadah itu hendak dipasarkan.

Pada September lalu, Kastam Johor berjaya mematahkan dua cubaan menyeludup dadah jenis metamphetamine bernilai keseluruhan RM2.09 juta ke negara ini melalui Kompleks Kastam dan Kuarantin (CIQ) di sini. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan