Pengawal Keselamatan, Pekerja Kantin Bebas Tuduhan Bunuh

Diterbitkan: Jumaat, 9 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat melepas dan membebaskan seorang pengawal keselamatan dan seorang pekerja kantin daripada tuduhan membunuh seorang lelaki di Taman Kota Masai, di sini, sembilan tahun lepas.

Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohamad Ramli gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Mohd Eddy Mohamed, 30, dan Mohd Nazri Dempok, 26, dituduh membunuh Md Ridzuan Jumaat, 19, di padang permainan di Jalan Tembikai 17, Taman Kota Masai, antara pukul 10.15 malam dan 12 tengah malam, 3 Jun, 2003.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Mohd Eddy dan Mohd Nazri diperintah membela diri atas tuduhan bunuh itu selepas Mahkamah Rayuan pada tahun ini mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan tanpa diminta membela diri pada 2007.

Mahkamah Rayuan berpendapat wujud kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh dan mengembalikan kes itu ke Mahkamah Tinggi di sini untuk mereka membela diri.

Syed Ahmad Helmy dalam penghakimannya hari ini meminta Mohd Eddy dan Mohd Nazri bersyukur kerana dilepas dan dibebaskan bagi kali kedua atas tuduhan bunuh.

"Anda telah diberi peluang kedua untuk tempuh kehidupan baru. Saya harap anda berdua tidak terjerumus lagi dengan kejadian ini," katanya.

Mohd Eddy diwakili peguam N.Mariappan manakala Mohd Nazri diwakili peguam Mohd Najib Omar. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan