Mahkamah Tinggi Tolak Injunksi Atas TOL, Lynas Dibenar Beroperasi

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) pada Khamis dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.

"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini," katanya.

Sebelum ini penduduk Kuantan yang diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP.

Pihak Lynas membuat permohonan untuk menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman terhadap permohonan penduduk Kuantan yang mencabar keputusan dua responden (MOSTI dan AELB) dalam pemberian TOL kepada Lynas sebelum ini.

Hakim juga dalam penghakimannya turut membenarkan Lynas menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman itu di mana tarikh semakannya belum diputuskan lagi.

Dalam pada itu, Vendargon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu dalam masa dua hari.

Selain Vendargon, pemohon diwakili oleh Hon Kai Ping, R. Sarengapani, Anne Marie dan Gene Anand Vendargon manakala kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Datin Noor Azzah Abdul Aziz dan Laila Muhamad Bostaman.

Lynas pula diwakili oleh Sunil Abraham, Wong Kah Hui and Emily Chin. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan