Bekas Pengarah NFC Arah Pembayaran RM1 Juta Kepada Shamsubahrin Ditahan - Saksi

Diterbitkan: Khamis, 8 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen diberitahu bekas Pengarah National Feedlot Corporation (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail mengarahkan pembayaran sebanyak RM1 juta kepada ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail ditahan selepas mengetahui lelaki itu seorang penipu.

Bekas Pengurus Kewangan NFC Hashimah Ahmad, 37, berkata Mohamad Salleh mengetahui perkara itu daripadanya selepas beliau dan setiausaha bekas pengarah perbadanan tersebut menyelidik latar belakang Shamsubahrin melalui Internet.

Beliau berkata, Mohamad Salleh kemudian mengarahkannya meminta bantuan Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah komersial (JSJK) Bukit Aman, ASP Mohd Nor Hashimaizam Othman mendapatkan maklumat berhubung Shamsubahrin.

"Hashimaizam memberitahu saya memang terdapat beberapa aduan mengenai Shamsubahrin, dan saya kemudian memberitahunya (Hashimaizam) bahawa saya merasakan Mohamad Salleh telah ditipu oleh lelaki ini," katanya.

Beliau menjawab soalan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa pada perbicaraan kes Shamsubahrin yang berdepan 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, membabitkan sejumlah RM1.755 juta.

Hasimah juga berkata, tertuduh sering menghubunginya dan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendesak pembayaran baki RM1 juta.

"Saya ada bertanya kepada Shamsubahrin untuk apa wang berkenaan, dan dia memberitahu ia (RM1 juta) adalah untuk membayar enam orang Timbalan Pendakwa Raya (TPR)," kata saksi ke-17 pendakwaan itu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat memberitahu nama TPR terbabit kerana tidak memahami maksud TPR ketika itu.

Shamsubahrin turut berdepan lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membabitkan jumlah sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Hashimah berkata, beliau membuat laporan polis berhubung ugutan oleh Shamsubahrin pada malam beliau ditahan polis iaitu 21 Disember tahun lepas.

Perbicaraan di depan Hakim Rozilah Salleh bersambung 29 November ini. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan