Tengku Muhammad Fakhry Gagal Tuntut RM150 Juta - Berita Mahkamah | mStar

Tengku Muhammad Fakhry Gagal Tuntut RM150 Juta

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Adinda Sultan Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Petra yang memfail saman berjumlah RM150 juta terhadap polis kerana mendakwa ditahan secara salah, hari ini gagal dalam tuntutannya.

Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menolak permohonan Tengku Muhammad Fakhry dengan kos RM40,000 di dalam kamar di sini.

Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad memberitahu pemberita bahawa Hakim Zabariah memutuskan demikian dengan alasan bahawa Tengku Muhammad Fakhry tidak pernah dihalang untuk keluar ataupun memasuki Istana Mahkota, Kubang Kerian pada Julai 2009.

Katanya, Hakim Zabariah juga menyatakan bahawa penahanan yang wujud hanyalah terhadap kereta Bentley yang dilaksanakan atas titah Pemangku Sultan (Tengku Muhammad Faris Petra) pada masa itu.

Sepanjang prosiding yang bermula 8 Okt lalu, seramai lima saksi plaintif dan lima saksi defendan, memberi keterangan. Tengku Muhammad Fakhry memfail saman itu pada 9 Dis tahun lepas dengan menamakan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Ketua Pengawal Peribadi Sultan Kelantan ASP Noorazman Ismail, Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan