Mahkamah Rayuan Tolak Rayuan Tee Keat

Diterbitkan: Rabu, 7 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa menolak rayuan bekas menteri pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi tidak membenarkan permohonannya membatalkan satu saman sivil yang difail oleh Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Panel tiga anggota terdiri daripada Hakim Datuk Ramly Ali, Datuk Zaharah Ibrahim dan Anantham Kasinather memerintahkan Ong membayar RM5,000 kos perundangan.

Hakim Ramly berkata isu dalam kes itu melibatkan persoalan fakta yang mesti diputuskan pada satu perbicaraan.

Beliau memerintahkan kes itu dibicarakan di hadapan seorang hakim lain Mahkamah Tinggi, dengan menyatakan hakim Mahkamah Tinggi sekarang telah membuat beberapa dapatan fakta dalam kes itu semasa membatalkan permohonan.

Ong merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Ogos, 2011 Kuala Lumpur yang tidak membenarkan permohonan yang dibawa oleh beliau, bekas pengerusi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datuk Lee Hwa Beng, dan PKA membatalkan saman 'misfeasans' ketika memegang jawatan awam, difailkan oleh KDSB.

Lee dan PKA tidak memfail rayuan.

Pada 20 Ogos, 2009, KDSB menyaman Ong, Lee dan PKA kerana tindakan misfeasans itu, dengan mendakwa mereka telah mendedahkan laporan mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang disediakan oleh Pricewaterhouse Coopers Advisory Services Sdn Bhd (PwCAS) kepada awam, dengan niat buruk menyebabkan syarikat menanggung kerugian.

Laporan itu didedahkan kepada umum menerusi sidang akhbar pada 28 Mei 2009 diadakan atas arahan Ong dan dihadiri oleh Lee dan rakan-rakan kanan PwCAS.

KDSB mendakwa pendedahan laporan itu telah merosakkan reputasinya dan ia dikritik oleh orang awam tanpa berpeluang memberi penjelasan atau membela diri.

Kerana itu, KDSB memohon ganti rugi am dan teladan serta kos dan faedah.

Ong diwakili peguam Sarah Ambishegam sementara N.Navaratnam dan Ng Jack Yee mewakili KDSB. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan