Usahawan Cacing Didakwa Tawar Saham Tanpa Kebenaran - Berita Mahkamah | mStar

Usahawan Cacing Didakwa Tawar Saham Tanpa Kebenaran

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Usahawan cacing Nazri Mamat, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 yang melibatkan penawaran kepentingan skim pajakan cacing kepada orang awam tanpa kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kuantan, Pahang, Selasa. -fotoBERNAMA
Usahawan cacing Nazri Mamat, 38, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan di bawah Akta Syarikat 1965 yang melibatkan penawaran kepentingan skim pajakan cacing kepada orang awam tanpa kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di Kuantan, Pahang, Selasa. -fotoBERNAMA

KUANTAN: Seorang usahawan cacing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, Selasa atas pertuduhan menawarkan kepentingan skim pajakan cacing tanpa kelulusan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah Akta Syarikat 1965.

Nazri Mamat, 38, dari Kampung Pandan 1, dekat sini didakwa melakukan kesalahan itu dengan menawarkan kepada orang awam membeli kepentingan skim pajakan cacing tanpa surat ikatan yang sah daripada SSM di antara 8 Mei 2008 hingga 22 April 2009 di premis miliknya, Syarikat Restu Rimbunan Rahmat Sdn Bhd di Lot A 4722, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Pandan 1, Kuantan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 91(1) Akta Syarikat 1965 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 94(1)(a) akta sama yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Hakim Mohd Azhar Othman membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 10 Dis sebagai tarikh bicara kes berkenaan.

Beliau juga memerintahkan tertuduh menyerahkan pasportnya kepada mahkamah sehingga kes itu selesai.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa SSM, Lidia Fyrulliza Ishak.

Isteri tertuduh membayar wang jaminan itu. -BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan