Shamsubahrin Lakukan Lapan Transaksi Babitkan RM1.65 Juta

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Sesyen ahli perniagaan Datuk Shamsulbahrin Ismail melakukan lapan transaksi wang keluar dan masuk antara bulan November dan Disember tahun lepas membabitkan lebih RM1.65 juta.

Penolong Pengurus RHB Bank Cawangan KLCC Azmi Kudrat, 56, berkata transaksi itu juga melibatkan pindahan wang ke akaun isteri Shamsulbahrin dan akaun syarikat tertuduh, Awana Sutera Travel and Tours Sdn Bhd.

Beliau berkata semua transaksi itu berlaku antara 25 November hingga 13 Disember 2011 melibatkan beberapa bank, termasuk tiga pindahan wang pada 9 Disember 2011.

"Tiga transaksi itu ialah permohonan pemindahan wang dari akaun RHB milik Shamsubahrin sebanyak RM250,000 ke akaun Maybank milik isterinya, Suzana Abdul Aziz, pemindahan wang RM250,000 ke akaun OCBC yang didaftarkan atas nama Awana Sutera Travel and Tours Sdn Bhd dan RM150,000 ke akaun RHB yang didaftarkan atas nama Shamsubahrin Resources Sdn Bhd," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Robert Pasang Alam.

Azmi merupakan saksi pendakwaan ke-11 pada perbicaraan kes Shamsubahrin yang berdepan 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, membabitkan sejumlah RM1.755 juta.

Shamsubahrin juga berdepan lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail membabitkan jumlah sama mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, saksi ke-12, Fauzi Mohd Darus, seorang Penganalisis Forensik Digital dari Cyber Security Malaysia, berkata beliau menganalisis butiran panggilan keluar masuk serta sistem pesanan ringkas membabitkan tiga telefon bimbit yang diserahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Fauzi, 25, berkata analisis itu dibuat berdasarkan teknologi perisian forensik XRY yang mana akan mengeluarkan segala data termasuk gambar, panggilan dan SMS berkaitan empat nombor telefon bimbit yang diberi SPRM kepadanya bermula dari Oktober 2011 hingga Disember tahun sama.

"Perisian forensik XRY ini mendapat pengiktirafan daripada Amerika Syarikat," katanya.

Bagaimanapun, beliau bersetuju dengan cadangan peguam Kamarul Hisham Kamaruddin bahawa kesahihan data yang diperoleh melalui perisian itu tidak dapat disahkan ketepatannya.

Perbicaraan di depan Hakim Rozilah Salleh bersambung esok. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan