Peguam Pohon Perintah Deklarasi Batal Pemindahan Lima Aset PKNS

Diterbitkan: Selasa, 6 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang peguam memfailkan permohonan bagi perintah deklarasi agar Menteri Besar Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) membatalkan cadangan pemindahan lima aset PKNS kepada Private Real Estate Company (PREC).

Lima aset itu ialah Kompleks PKNS Shah Alam, Kompleks PKNS Bangi, Pusat Konvensyen Shah Alam, Menara PKNS di Petaling Jaya dan Wisma Yakin di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Kamarudin Ahmad, yang memiliki firma guaman di Kompleks PKNS Shah Alam, memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Kamarudin & Partners.

Penyataan tuntutan plaintif menyebut pada 31 Oktober lepas, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia, Pengurus Perhubungan Awam PKNS Ishak Hashim menyatakan perbadanan itu memindahkan lima aset kepada PREC bagi mempertingkat kecekapan pengurusannya.

Beliau mendakwa pemindahan itu akan menyebabkan PKNS kehilangan aset yang boleh digunakan sebagai tempat perniagaan Melayu dan Bumiputera selain menjejas peranan PKNS sebagai agensi pelaksana dasar kerajaan Persekutuan yang terkandung di bawah Seksyen 8C serta Seksyen 11(d) Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964 dan pindaannya.

Kamarudin turut mendakwa sehingga kini, PKNS tidak menyatakan taraf penubuhan PREC sama ada ia syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau tidak serta mampu memiliki dan menguruskan aset tersebut.

Sehubungan itu, plaintif memohon deklarasi bahawa cadangan Abdul Khalid dan PKNS untuk menjual atau memindahkan aset tersebut kepada PREC adalah tidak sah dan terbatal atas alasan tindakan tersebut melanggar Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor 1964.

Plaintif turut memohon perintah deklarasi bahawa jika aset itu dijual atau dipindahkan kepada PREC, jualan atau pemindahan tersebut adalah tidak sah dan terbatal dan aset berkenaan akan dipulangkan semula kepada PKNS, kos dan relif lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan