Ibu Dakwa Polis Sembunyikan Penahanan Kugan

Diterbitkan: Jumaat, 2 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ibu kepada A.Kugan, tahanan polis yang mati di dalam lokap, memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat bahawa polis tidak melaporkan dan menyembunyikan penahanan anaknya selama enam hari sebelum Kugan meninggal dunia.

N.Indra, 44, yang memberi keterangan dalam kes tuntutan saman RM100 juta terhadap Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dan empat yang lain, berkata walaupun ada dua anggota polis berjumpa dengan abangnya pada 15 Januari 2009 untuk menyoal mengenai Kugan, mereka tidak memberitahu bahawa Kugan telah ditahan.

Indra berkata kali terakhir beliau berjumpa anak sulungnya itu ialah pada 13 Jan 2009 dan mula mencari Kugan di banyak balai polis selepas itu.

"Saya dan keluarga mencari anak saya (Kugan) di banyak balai polis tetapi tidak berjumpa dengannya. Pihak polis tidak pernah memberitahu tentang penahanan anak saya sebelum 20 Januari 2009 walaupun dia telah ditahan sejak 14 Januari 2009.

"Polis telah sembunyikan tahanan (penahanan) anak saya selama enam hari sebelum dia mati," katanya menerusi pernyataan saksi. Indra berkata selepas diberitahu Kugan meninggal dunia, beliau telah ke Hospital Serdang untuk melihat keadaan mayat dan mendapati ia mempunyai kesan pukulan dan kecederaan.

Terdahulu, mahkamah ditunjukkan keadaan mayat Kugan menerusi tayangan video.

Pada 13 Januari lalu, Indra memfailkan saman dengan menamakan Khalid yang ketika itu Ketua Polis Selangor sebagai defendan pertama, bekas anggota polis V. Navindran (yang didapati bersalah mengakibatkan kecederaan kepada Kugan) sebagai defendan kedua, diikuti bekas Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar, Ketua Polis Negara dan kerajaan.

Dalam pernyataan tuntutannya, Indra mendakwa kesemua defendan gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan anaknya semasa dia dalam tahanan polis dari 14 hingga 20 Januari 2009.

Ketika ditahan, Kugan berusia 23 tahun dan merupakan suspek kes curi kereta mewah.

Hakim Datuk V.T Singham menetapkan Selasa untuk menyambung perbicaraan. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan