Remaja Didakwa Liwat Kanak-Kanak Enam Tahun

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini terhadap pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki, dua tahun lepas.

Remaja yang berusia 16 tahun pada masa kejadian didakwa melakukan kesalahan itu ke atas kanak-kanak yang berusia enam tahun di dalam bilik tidur di sebuah kediaman di Hulu Kelang, Ampang, pada 2 petang, 27 Feb 2010.

Dia yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan juga sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bapa tertuduh yang hadir sebagai penjamin, memohon mahkamah agar wang jaminan dikurangkan kerana ia berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan lima orang anak.

Hakim Manira Mohd Nor membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Dis depan untuk sebutan. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan