Kelindan Lori Dipenjara Kerana Curi Batang Paip Besi

Diterbitkan: Khamis, 1 November 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Akibat kesalahan mencuri dua batang paip besi kepunyaan Loji Indah Water, seorang kelindan lori dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini Khamis.

Majistret Nurunaim Abdullah memerintahkan Mohd Jamalulhasny Hamzah, 27, menjalani hukuman penjara itu bermula Khamis.

Tertuduh dan rakannya Mohd Norafhaizul Mohd Rafi, 34, didakwa melakukan jenayah itu di Loji Indah Water, Perumahan Taman Tunas Mahkota Fasa 1, Batu 12 Jalan Gambang, dekat sini pada 5.30 petang, 18 Okt lepas.

Mohd Norafhaizul, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang sama dan mahkamah menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula kes.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Sementara itu dalam kes berasingan, seorang lelaki dan anak saudaranya didenda RM1,800 setiap seorang selepas mengaku bersalah menceroboh masuk kedai menjual barang wangian pada Februari lepas.

Muhammad Ishak Wan Nek, 30, dan anak saudaranya, Muhammad Naim Ahmad Zamri, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di Kedai No. 134 Jalan Besar di sini, pada 1.45 tengah hari, 3 Feb lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama yang memperuntukkan penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan