Dua Rakyat Bulgaria Dihukum Gantung Edar Dadah

Diterbitkan: Rabu, 31 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Dua lelaki rakyat Bulgaria dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi pada Rabu selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mengedar dadah, tahun lepas.

Hakim, Datuk Abdul Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap Ivan Kirov Kostov, 27, dan Georgi Dinev Bakalov, 26, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Kostov dituduh mengedar methamphetamine seberat 1,945.6 gram di perhentian bas, Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, di sini pada 4.15 petang, 18 Mei 2011.

Bakalov pula dituduh mengedar methamphetamine seberat 2,176.85 gram di tempat, tarikh dan waktu yang sama.

Kedua-dua mereka dituduh mengikut Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dalam penghakimannya Abdul Halim berkata, keterangan pembelaan tertuduh merupakan penafian semata-mata dan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap pertuduhan itu.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Azreen Yas Mohamad Ramli manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Pritam Singh Doal. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan