Warga Nigeria Terlepas Tali Gantung, Dipenjara Sembilan Tahun Dan 10 Sebatan

Diterbitkan: Selasa, 30 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan 10 sebatan ke atas seorang penjual alat ganti kenderaan warga Nigeria atas kesalahan memiliki 2.5 kg syabu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda menjatuhkan hukuman itu di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menetapkan hukuman penjara bermula dari tarikh tertuduh ditangkap selepas Blessings Akanor, 48, mengaku salah di atas pertuduhan pilihan yang ditawarkan oleh pihak pendakwaan pada Selasa.

Lelaki itu dituduh memiliki dadah itu di kawasan tuntutan bagasi di KLIA pada pukul 4 petang, 6 Julai 2011.

Pertuduhan asal Akanor ialah di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman gantung mandatori kerana mengedar dadah di tempat dan tarikh yang sama.

Peguam Alfred Egin yang mewakili Akanor meminta mahkamah supaya menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas anak guamnya bermula dari beliau ditangkap pada 6 Julai tahun lepas memandangkan pengakuan tertuduh telah menjimat masa dan kos perbicaraan.

Beliau berkata tertuduh yang mempunyai seorang isteri dan tiga anak lelaki masing-masing berumur 8, 11, dan 14 tahun melakukan jenayah itu kerana tekanan hidup dan mudah terpedaya memandangkan pendapatan menjual alat ganti tidak seberapa.

Egin berkata jika tempoh hukuman penjara yang lama dikenakan, ia akan menjejaskan kehidupan anak-anak dan isteri tertuduh.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Siti Syuhada Alwi meminta hukuman yang setimpal dikenakan walaupun tertuduh telah mengaku bersalah memandangkan berat syabu yang dibawanya.

Katanya ia kini menjadi trend di kalangan sesetengah warga asing yang datang ke Malaysia membawa masuk dadah menyebabkan jenayah berkaitan dadah berleluasa.

Sebelum menjatuhkan hukuman, Abdul Rahim berkata hukuman berat termasuk gantung sampai mati nampaknya tidak berupaya mengekang peningkatan penyeludupan atau pengedaran dadah ke dalam negara, sebaliknya semakin meningkat.

Katanya apa yang perlu dilakukan ialah menghapus atau mengurangkan permintaan dadah dalam negara menerusi pendidikan kepada rakyat terutamanya generasi muda menerusi peranan institusi keluarga mengenai bahaya dadah. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan