Mahkamah Tolak Permohonan Shamsubahrin Ketepi Semua Tuduhan

Diterbitkan: Isnin, 29 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin telah menolak permohonan ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail untuk mengenepikan semua tuduhan terhadapnya berhubung kes penipuan NFC.

Hakim Kamardin Hashim memutuskan permohonan itu tidak mempunyai merit dan mengarahkan perbicaraan diteruskan di Mahkamah Sesyen.

Shamsubahrin, 46, menghadapi tuduhan menipu Pengarah NFCorp Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail dengan bersetuju membayar (Shamsubahrin) yuran pada 20 November tahun lepas sebagai balasan bagi perkhidmatan nasihat dan perundingan.

Dia juga didakwa dengan 17 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM1.755 juta.

Peguam Kamarul Hisham Kamaruddin berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah tidak berasas dan mala fide (dengan niat jahat).

Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM Datuk Razak Musa berhujah bahawa pembelaan sebelum ini tidak menimbulkan sebarang bantahan di Mahkamah Sesyen.

Beliau berkata tidak ada peruntukan sama ada untuk Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi membatalkan dakwaan atau memerintahkan untuk menarik balik dakwaan sebelum semua bukti dibentangkan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan