Peniaga Didakwa Samun Pemandu Van Sekolah - Berita Mahkamah | mStar

Peniaga Didakwa Samun Pemandu Van Sekolah

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas pertuduhan samun berkumpulan seorang pemandu van sekolah, dua bulan lepas.

Aswat Achmad, 23, didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, menyamun dengan meragut seutas rantai leher milik R.Pathamavathy, 53, bernilai RM12,000.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tepi Jalan BRP 1/6 Bukit Rahman Putra, Selangor, pada 12.30 tengah hari, 13 Ogos lepas.

Aswat yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Bagaimanapun Aswat memohon mahkamah agar jaminan dikurangkan kerana berpendapatan rendah dan mempunyai tanggungan keluarga.

Hakim Balqis Aini Mohd Ali membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Nov untuk sebutan kes. BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan