Juruteknik Komputer Mengaku Tidak Bersalah Punca Kematian Isteri

Diterbitkan: Khamis, 25 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang juruteknik komputer pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan menyebabkan kematian isterinya pada 13 Okt lepas.

Mohd Nasir Buyong, 36, mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Slamat Yahya apabila pertuduhan ke atas beliau dibacakan.

Pertuduhan ialah mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan, yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 30 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Beliau didakwa menyebabkan kematian Norhana Mohd Nordin, 39, antara pukul 9 pagi hingga 1.55 petang, 13 Okt lepas di rumah No 4-1-24 Apartment Kiambang, Taman Bukit Subang di sini.

Timbalan Pendakwa raya Nor Fazreen Othman meminta jaminan sebanyak RM30,000 dikenakan ke atas tertuduh dan memaklumkan mahkamah bahawa pihak pendakwaan juga khuatir terhadap keselamatan seorang saksi, iaitu adik perempuan mangsa.

Bagaimanapun, Mohd Nasir yang tidak diwakili peguam pada Khamis merayu supaya jaminan ke atas beliau dikurangkan memandangkan beliau kini tidak mempunyai pekerjaan tetap dan perlu menanggung tiga orang anak.

Slamat kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dan menetapkan tarikh sebutan kes itu pada 3 Dis. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan