Lelaki Nigeria Mengaku Tidak Bersalah Rogol Remaja Singapura

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang lelaki rakyat Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan merogol seorang remaja rakyat Singapura, awal bulan ini.

Eneh Solomon Udo, 40, pelajar di sebuah pusat pengajian swasta di Selangor itu dituduh melakukan kesalahan terhadap remaja berumur 14 tahun di tangga Aras C L4KIP Park Villa Apartmen, Jalan Titiwangsa 1, Tampoi, di sini, pada kira-kira pukul 3.30 petang, 9 Oktober lepas.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Zamri Bakar menetapkan 5 Nov depan untuk sebutan semula kes dan tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan dia rakyat asing.

Pendakwaan kes itu dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan