Kes Penggantungan Gobind: Mahkamah Persekutuan Benar Rayu

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan akan memutuskan sama ada mahkamah itu boleh mengganggu hukuman yang dibuat oleh Parlimen terhadap anggotanya berhubung dakwaan salah laku.

Isu utama perlembagaan berhubung pemisahan kuasa ini akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan pada pendengaran rayuan yang dipohon speaker Dewan Rakyat terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mengisytiharkan penggantungan anggota Parlimen Puchong Gobind Singh Deo adalah sah tetapi Parlimen tidak boleh melucutkan ganjaran dan keistimewaan lain.

Pada Mac lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Hari ini, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin memberi kebenaran kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, setiausaha Dewan Rakyat, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz dan kerajaan, untuk merayu di Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi.

Zulkefli berkata mahkamah sebulat suara memutuskan memberi kebenaran untuk merayu kepada speaker Dewan Rakyat dan tiga pihak lagi kerana mereka telah memenuhi keperluan yang ditetapkan mengikut Seksyen 96(a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Beliau berkata isu yang dibangkitkan dalam kes penggantungan Gobind Singh adalah demi kepentingan awam dan merupakan kes pertama seumpamanya yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.

Beliau juga mengarahkan hakim-hakim Mahkamah Rayuan mengemukakan alasan penghakiman mereka.

Panel itu yang turut dianggotai Hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Datuk Hashim Yusof, Datuk Ahmad Maarop, Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha, membenarkan tiga soalan penting perlembagaan yang dibangkitkan kali pertama dan demi kepentingan awam.

Soalan itu ialah: # Adakah Perkara 62(1) Perlembagaan Persekutuan, yang dibaca di bawah Perintah Tetap 44(8) Perintah-Perintah Tetap Dewan Rakyat, memberi kuasa kepada Parlimen untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana anggotanya, dan menghukum dengan penggantungan tanpa mendapat ganjaran?

# Adakah Parlimen mempunyai kuasa sedia ada dan bidang kuasa untuk mendisiplin anggotanya terhadap sebarang tuduhan atau pelanggaran hak dan keistimewaan sebagai anggota Parlimen dan menghina Dewan, dan sama ada kuasa Parlimen mengenakan hukuman untuk mendisiplin anggotanya di bawah kuasanya, adalah mutlak dan eksklusif?

# Adakah usul yang diluluskan di Parlimen merupakan suatu prosiding dalam Parlimen dan dilindungi di bawah Perkara 63(1) Perlembagaan Persekutuan?

Gobind Singh digantung setahun oleh Dewan Rakyat pada 16 Mac 2009, tanpa dibayar ganjaran dan elaun kerana menghina Timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee serta mengatakan Datuk Seri Najib Tun Razak, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, seorang pembunuh.

Pada 23 April 2009, beliau memfailkan saman pemula untuk pengisytiharan bahawa penggantungannya adalah batal dan tidak sah; prosiding dan keputusan Dewan Rakyat tidak kebal untuk diadili di mahkamah dan perintah penggantungan tersebut adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pada 22 Oktober 2009 Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Ariff Md Yusof (sekarang Hakim Mahkamah Rayuan) memerintahkan Parlimen membayar elaun beliau dan memutuskan perundangan persekutuan itu tidak mempunyai kuasa untuk menahan pembayarannya.

Mohamad Ariff berkata tindakan itu menyalahi Perkara 64 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa anggota Parlimen berhak dibayar elaun kerana haknya untuk mendapat ganjaran dan manfaat selaku wakil rakyat, tidak boleh dinafikan.

Beliau memutuskan berdasarkan Perintah Tetap Dewan Rakyat, beliau hanya boleh digantung daripada menghadiri sidang Dewan, justeru tugas Gobind Singh selaku anggota Parlimen Puchong tidak terjejas.

Bagaimanapun, Mohamad Ariff menolak permohonan Gobind Singh agar perintah penggantungannya selama 12 bulan, ditarik balik kerana mahkamah itu tidak mempunyai bidang kuasa mencabar usul yang diluluskan oleh Dewan Rakyat berdasarkan peruntukan Perkara 63 Perlembagaan Persekutuan.

Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi mewakili pemohon manakala Karpal Singh mewakili Gobind Singh. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan