Ahli Perniagaan Didakwa Bunuh Pengusaha Kedai Tayar Dan Model Sambilan

Diterbitkan: Rabu, 24 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KAJANG: Seorang ahli perniagaan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu, atas dua pertuduhan membunuh iaitu pengusaha kedai tayar dan seorang model sambilan, bulan lepas.

K.Kalaivanan, 48, dari Johor, didakwa bersama-sama seorang yang masih bebas dan lima orang yang telah dituduh sebelum ini melakukan kesalahan itu terhadap Leong Kian Sheong, 37, dan Vivien Wong, 20, yang juga seorang pelajar.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di No. 1 Jalan SP6/3, Taman Segar Perdana, Batu 9, Cheras, di sini antara 6.10 pagi hingga 6.45 pagi, pada 13 Sept lepas.

Bagi kesalahan itu, Kalaivanan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Majistret Aina Azahra Arifin menetapkan 5 Dis untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R.Siamala, manakala tertuduh diwakili peguam Geethan Ram Vincent. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan