Wanita Afrika Selatan Dipenjara 10 Tahun Miliki Dadah

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita Afrika Selatan dijatuhi hukuman penjara 10 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 1770.7 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pada Mac tahun lepas.

Hakim Datuk Nurchaya Arshad memerintahkan tertuduh, Joy Pretorius, 25, menjalani hukuman itu berkuatkuasa mulai tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu 17 Mac 2011.

Tertuduh yang bekerja sebagai jurujual didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tuntutan bagasi D, Aras 3 Ketibaan, Bangunan Terminal Utama, KLIA kira-kira pukul 10.50 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39A(2) Akta sama yang memperuntuk hukuman penjara minimum lima tahun dan maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan pihak polis ketika menolak troli berisi sebuah beg berwarna coklat keluar dari kawasan tuntutan bagasi.

Pemeriksaan badan terhadap tertuduh tidak menjumpai apa-apa barang salah dan pihak polis kemudian mengarahkan wanita itu membuka begnya.

Pemeriksaan lanjut menjumpai tiga bungkusan plastik hitam mengandungi bahan ketulan dan serbuk kristal dadah tersembunyi di bahagian pelapik bawah dalam beg berkenaan.

Pretorius sebelum ini menghadapi tuduhan mengedar mengikut Seksyen 39B1(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntuk hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dia bagaimanapun bernasib baik apabila pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan iaitu memiliki dadah.

Terdahulu, peguam Amritpal Singh yang mewakili tertuduh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya adalah ibu tunggal yang mempunyai seorang anak perempuan berumur empat tahun dan tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Beliau berkata anak guamnya juga pertama kali meninggalkan negaranya selepas terpedaya dengan tawaran seorang bernama 'Nicky' yang mempelawa wanita itu bercuti di Malaysia tetapi sebaliknya memperguna tertuduh untuk membawa masuk dadah ke negara ini.

Pretorius yang berdiri di kandang tertuduh turut mengambil kesempatan membuat rayuannya sendiri di mana wanita itu berkata apabila pulang ke negara asalnya dia akan menasihati rakan-rakannya supaya tidak melakukan kesalahan yang sama.

"Saya akan beritahu kawan-kawan saya jangan mudah mempercayai orang lain. Saya tidak akan sentuh dadah lagi. Saya hanya mahu pulang menemui anak perempuan saya," sambil menitiskan air mata.

Timbalan Pendakwa Raya Fazillah Begum Abdul Ghani pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat atas alasan kes melibatkan dadah di KLIA semakin berleluasa.

"Tertuduh sepatutnya fikir tentang kepentingan diri dan keluarga tetapi dia sanggup dijadikan keldai untuk membawa masuk dadah ke Malaysia. Walaupun tertuduh cakap salah pilih kawan, tetapi ia tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan kesalahan itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan