Majistret Diarah Jalani Hukuman Penjara Tiga Tahun Kerana Rasuah

Diterbitkan: Selasa, 23 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas majistret Mohd Firdaus Ramlan diarah menjalani hukuman penjara tiga tahun pada Isnin selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuan akhirnya untuk mengetepikan hukuman penjara dan denda kerana kesalahan rasuah.

Panel hakim tiga anggota termasuk Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Jeffrey Tan Kok Wha dan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Abdul Wahab Patail dan Mah Weng Kwai sebulat suara menolak rayuan Mohd Firdaus.

Panel itu mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Kota Baharu yang mendapati dia (Mohd Firdaus) bersalah terhadap dua tuduhan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM40,000.

"Sebagai pegawai kehakiman, Mohd Firdaus sepatutnya mempamerkan contoh yang baik dan tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Dalam kes ini keterangan tentang permintaan dan penerimaan rasuah amat jelas jadi tidak ada alasan untuk mengganggu keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi," kata Jeffrey.

Mohd Firdaus, 30, dipenjara tiga tahun dan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen pada 3 Okt 2010, bagi pertuduhan pertama meminta sogokan RM5,000 daripada Md Shani Ishak sebagai balasan mengurangkan hukuman lelaki itu atas kesalahan dadah.

Md Shani dikenakan bon berkelakuan baik selama dua tahun di Mahkamah Majistret Kuala Krai pada 6 Oktober 2009.

Bagi pertuduhan kedua, dia dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM15,000 kerana menerima rasuah RM3,000 daripada Shani melalui Ketua Inspektor Kamarul Ahmad di stesen minyak Esso, Machang, pada 11 Okt 2009 bagi tujuan sama.

Dia diarah menjalani hukuman itu secara serentak.

Pada 22 November tahun lepas, Mahkamah Tinggi menolak rayuan Mohd Firdaus dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen.

Mohd Firdaus, bekas majistret di Kuala Krai dan Machang, Kelantan membayar denda itu.

Dia diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed manakala Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa mewakili pihak pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan