Peniaga Mengaku Tidak Bersalah Ugut Bunuh Isteri

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, Isnin terhadap pertuduhan mengugut untuk membunuh isterinya, minggu lepas.

Muhammad Al'Shawal Abdul Rahim, 38, didakwa mengugut Azizah Wahid, 37, yang juga berniaga, dengan mengatakan "aku nak bunuh kau, kau malu aku" di rumah mereka di Jalan Hamzah, Kampung Baru di sini pada 12 tengah hari 18 Oktober lepas.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Majistret Nor Azura Murah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,700 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 November untuk sebutan kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Kee Wei Lon manakala tertuduh tidak diwakili peguam. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan