Ibu Muda Didakwa Sebabkan Kematian Bayi Baru Lahir

Diterbitkan: Isnin, 22 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ibu muda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin, atas pertuduhan menyebabkan kematian bayi perempuan yang baru dilahirkannya, bulan lepas.

Siti Fazlena Sahili, 20, didakwa dengan sengaja mencampak bayi seberat 2.8 kilogram tersebut dari tingkat tiga blok kediamannya dan menyebabkan bayi jatuh ke tempat letak motosikal di bawah.

Siti Fazlena, seorang pekerja kilang didakwa melakukan kesalahan itu di No. B1-3-23, Blok 1, Flat Desa Mentari, Jalan PJS 6/5E Sungai Way, di sini, pada 11 pagi, 16 Sept lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 309B akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga denda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin menawarkan wang jaminan RM20,000 dengan dua orang penjamin.

Bagaimanapun peguam Kamarul Zaman Abdul Rahman yang mewakili Siti Fazlena memohon mahkamah agar jaminan dikurangkan berikutan tertuduh berpendapatan rendah yang perlu menanggung ayahnya yang baharu mengalami kemalangan.

Hakim Yasmin Abdul Razak membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 November untuk sebutan semula kes. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan