Wanita Didakwa Tipu Wang Pegawai Eksekutif

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini Jumaat, atas pertuduhan menipu eksekutif Bahagian Sumber Manusia di sebuah syarikat swasta, berkenaan urusan pemindahan wang ke bank luar negara, tahun lalu.

Mahiah Ghazi, 45, penganggur dari Cheras, didakwa memperdaya Roslinah Mustafa, 43, dengan membuatkannya mempercayai bahawa beliau (Roslinah) perlu membuat pembayaran sejumlah wang untuk urusan pemindahan wang dari Scotia Bank United Kingdom berjumlah 100,000 pound (RM489,891) ke dalam akaun bank Scotia Johor Baharu, antara 24 Mac 2011 hingga 28 Mac tahun sama di bank CIMB Subang Perdana di sini.

Disebabkan perbuatan tertuduh, mangsa kemudian terpedaya sebelum memasukkan RM17,000 ke dalam akaun milik wanita itu. Mahiah didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun, sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Aifaa Che Abdullah manakala Mahiah tidak diwakili peguam.

Majistret Nor Afidah Idris membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 4 Disember untuk sebutan. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan