Rundingan Penyelesaian Saman Nirmala Terhadap Bekas Majikan Gagal

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kes saman pembantu rumah warga Indonesia, Nirmala Bonat terhadap bekas majikannya kerana mendera dan mencederakannya, gagal mencapai penyelesaian secara mediasi di Mahkamah Tinggi di sini.

Peguam M. Kavimani yang mewakili Nirmala memberitahu pemberita bahawa pihaknya dan bekas majikan Nirmala, Yim Pek Ha dan Hii Ik Ting (suami Yim) tidak bersetuju dengan terma penyelesaian yang dicadangkan dan saman tersebut akan diteruskan dengan perbicaraan.

Katanya Hakim Zainal L Salleh yang mendengar prosiding mediasi itu di dalam kamar menetapkan 24 Oktober untuk pengurusan kes di hadapan Timbalan Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi.

Nirmala hadir bersama seorang wakil dari Kedutaan Indonesia dan Hii hadir bersama peguamnya Gurmeet Singh.

Nirmala, 28, memfailkan saman dan tuntutan itu pada 28 Jan 2010 dengan menamakan Yim dan Hii sebagai defendan.

Dalam tuntutannya itu, Nirmala berkata dia diambil bekerja sebagai pembantu rumah kepada pasangan itu, yang tinggal di Villa Putera, Jalan Tun Dr Ismail di sini, pada September 2003.

Nirmala berkata semasa bekerja di rumah majikannya itu, dia telah didera dan dicederakan beberapa kali oleh Yim, antaranya dengan menggunakan seterika panas yang dilekapkan pada badannya pada Januari 2004.

Wanita Indonesia itu mendakwa bahawa Hii pula telah gagal menghalang isterinya daripada mencederakannya serta gagal memberikan rawatan perubatan yang sewajarnya kepada beliau.

Nirmala menuntut ganti rugi am bagi kesakitan dan penderitaan yang dialaminya serta ganti rugi khas lebih RM40,000 bagi kehilangan pendapatan, perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan lain yang akan ditaksirkan oleh mahkamah.

Pada 1 Oktober lepas, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhi hukuman penjara 12 tahun terhadap Yim, yang didapati bersalah atas tiga pertuduhan mencederakan Nirmala lapan tahun lepas. Yim kini berada di penjara.

Sementara itu, ketika ditemui pemberita Nirmala memberitahu bahawa dia kini menetap di Kupang, Indonesia dan mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan