Mahkamah Batal Saman Bekas Guru Terhadap Empat Defendan

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Mahkamah Tinggi Sivil di sini, Khamis membatalkan saman seorang bekas guru terhadap Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah Johor Baharu dan tiga yang lain berhubung arahan perpindahannya ke sekolah lain sehingga menyebabkannya mengalami tekanan perasaan pada 2008.

Dalam penghakimannya, Hakim Vernon Ong Lam Kiat berkata plaintif tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mengaitkan arahan perpindahannya mengajar ke sekolah lain mempunyai unsur mala fide.

Mahkamah turut mengarahkan Fauzia Khanom Irshad Ali Khan membayar kos mahkamah sebanyak RM3,000.

Dalam samannya yang difailkan hari ini, Fauzia Khanom, 45, menamakan Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah, Pengarah Pelajaran Johor, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai empat defendan.

Plaintif dalam tuntutannya memohon mahkamah mengisytiharkan arahan perpindahan dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Skudai Baru 2 ke SK Tampoi Utama, pada 1 Jun 2008 dibuat secara tidak sah dan berniat jahat.

Selain itu, beliau memohon supaya defendan mengumumkan alasan utama dia dipindahkan dan mendakwa tidak dapat membela diri bagi pertukaran berkenaan.

Plaintif yang menjadi guru sejak 1989 juga menuntut bahawa pemotongan gaji dan elaun khas miliknya juga tidak sepatutnya dibuat, selain memohon ganti rugi am dan kos perubatan daripada defendan berkenaan.

Plaintif mendakwa perpindahan itu menyebabkan beliau mengalami tekanan perasaan dan dirujuk kepada dua doktor sehingga menyebabkannya tidak hadir ke sekolah, sekali gus gaji serta elaunnya dipotong.

Plaintif yang juga bekas guru Bahasa Inggeris diwakili T Rajasekaran, manakala kesemua defendan diwakili Lee Chee Thiam.

Ketika ditemui selepas prosiding itu, Fauzia Khanom berkata beliau akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dalam masa terdekat. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan