Empat Lelaki Warga Pakistan Didakwa Culik Rakan Senegara

Diterbitkan: Jumaat, 19 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menculik rakan senegara bagi menuntut wang tebusan sebanyak RM470,000 pada Ogos lepas.

Abdul Qayyum Mohamood Tariq, Shauket Ali Muhammad Yar, Muhammad Yar Ghulam Habib dan Muhammad Irfan Muhammad Rais, kesemuanya bekerja sebagai buruh binaan, hanya mengangguk ketika pertuduhan terhadap mereka dibacakan dalam Bahasa Urdu dengan bantuan jurubahasa di depan Majistret Nor Azura Murah.

Tiada pengakuan direkodkan dan mahkamah menetapkan 19 Dis untuk sebutan kes.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Muhammad Qadeer Muneer, 31, di rumah teres TMC, Jalan Tempines, Bangsar pada 9.45 pagi, 29 Ogos lepas mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa ASP Zulkifli Osman manakala kesemua tertuduh diwakili peguam A.Saravanan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan