Rasuah Penyelia TNB: Pengurus Syarikat Didenda RM25,000

Diterbitkan: Khamis, 18 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Seorang pengurus syarikat didenda RM25,000 dan penjara sehari oleh Mahkamah Sesyen di sini, Khamis selepas mengaku bersalah memberi suapan kepada seorang petugas Tenaga Nasional Berhad (TNB), tahun lepas.

Hakim Mohd Nasir Nordin menjatuhkan hukuman itu terhadap Tan Kian Cheng, 29 dan memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa hari ini dan mengarahkan tertuduh dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda.

Tan didakwa memberi suapan sebanyak RM5,000 kepda penyelia kanan keselamatan dari TNB Kuala Lumpur, Mohd Sanusi Zakaria, sebagai dorongan bagi menyelesaikan kes disyaki mencuri bekalan elektrik di premis No.10 dan No.12, Jalan Perdagangan 10, Taman Universiti, Skudai di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di tandas Hotel Mutiara, Jalan Dato' Sulaiman di sini, pada pukul 9.25 malam, 21 Julai tahun lepas.

Tan didakwa mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun atau denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditangkap anggota SPRM pada 9.30 malam selepas memberikan suapan kepada Mohd Sanusi di tandas hotel berkenaan.

Tan, yang berbaju T kuning dan berseluar jeans biru, dalam rayuannya melalui jurubahasa Mandarin memohon mahkamah meringankan hukumannya kerana beliau baru mendirikan rumahtangga, menanggung ibu bapanya dan itu merupakan kesalahannya yang pertama.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa SPRM Ridzuan Abd Malik manakala tertuduh tidak diwakili. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan