Hukuman Mati Warga Sudan Bunuh Anak Teman Wanita Kekal

Diterbitkan: Selasa, 16 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati warga Sudan yang didapati bersalah membunuh anak perempuan teman wanitanya berusia tiga tahun di sebuah kondominium di Cheras, tiga tahun lepas.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Linton Albert dan Datuk Mohtarudin Baki serta Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Zawawi Salleh sebulat suara menolak rayuan Mohannad Taha Ismail.

Mohannad, 28, seorang bekas pelajar kolej, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman mati terhadapnya kerana membunuh Aaliyah Ayman Hussin Abdullah.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Kondominium Venice Hill, Batu 9, Cheras antara 7.30 malam dan 8.30 malam pada 12 Okt 2009 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam kes itu, pakar patologi forensik Dr Abdul Karim Tajudin memberi keterangan bahawa terdapat 34 kecederaan fizikal di seluruh badan mangsa dan kanak-kanak malang tersebut juga mengalami penderaan seksual.

Saksi itu turut mengesahkan mangsa meninggal dunia disebabkan pendarahan teruk di bahagian selaput keras otak akibat goncangan yang kuat.

Mohannad diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik dan J.Kuldeep Kumar manakala Timbalan Pendakwa Raya Munahyza Mustafa untuk pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan