Pengetua Sekolah Agama Hadapi 14 Tuduhan Salah Guna Kedudukan

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHRU: Seorang pengetua sekolah agama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini Isnin, atas 14 pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapat suapan lebih RM1 juta bagi syarikat milik isterinya.

Pengetua Sekolah Menengah Agama (Arab) An-Nur, Bachok @ Abdul Samad Abdul Latip, 65, didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabatnya di sekolah itu di Jalan Jaafar, Benut, Pontian dari Julai 2011 hingga Julai 2012.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menggunakan kedudukan sebagai penjawat awam untuk apa-apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya.

Tertuduh boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali nilai suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengarahkan kakitangan dan guru sekolah tersebut untuk mengeluarkan 14 baucar dan 14 cek Maybank Islamic yang berbeza nilai sepanjang tempoh berkenaan.

Tertuduh telah menandatangani baucar dan cek itu untuk membuat bayaran kerja membekal makanan bermasak di asrama sekolah tersebut kepada Zainab Enterprise yang merupakan syarikat milik isterinya, dengan nilai keseluruhan RM1,120,462.40.

Bachok yang faham dengan setiap pertuduhan meminta dibicarakan.

Hakim Mohd Nasir Nordin membenarkan tertuduh diikat jamin RM70,000 dengan seorang penjamin selain mengarahkan pasport tertuduh diserah kepada mahkamah.

Beliau menetapkan 20 November ini untuk sebutan kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Abdul Ghafar Ab Latif, manakala tertuduh diwakili peguam Bustaman RK Menon. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan