Pembantu Pengurus Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Samun

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen pada Isnin memerintahkan seorang pembantu pengurus membela diri atas pertuduhan samun terhadap seorang lelaki, dua tahun lepas.

Hakim, Yasmin Abdul Razak membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Radzak Razali pada akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan dua hari perbicaraan pada 1 dan 22 November bagi prosiding bela diri.

Mohd Radzak, 23, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Lee Kian Sing, 30, bersama-sama dua orang lagi yang masih bebas, dengan menyamun sebuah telefon bimbit dan menyebabkan kecederaan pada bahagian muka mangsa.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di tepi Lebuhraya Kesas Bandar Sunway pada 1.30 pagi, 21 Ogos 2010 dan didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Seramai enam saksi pendakwaan dipangggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chong Yin Xin, manakala tertuduh diwakili peguam P.Sutheswary. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan