Mahkamah Tetapkan 19 Nov Bicara Kes Rasuah Bekas Pengurus SPNB

Diterbitkan: Isnin, 15 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen di sini menangguhkan kepada 19 November, perbicaraan kes bekas pengurus Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) Wilayah Utara yang dituduh menerima suapan sebanyak RM195,000, empat tahun lalu.

Hakim Nabisha Ibrahim membuat keputusan itu selepas diberitahu Timbalan Pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Janariah Abdul Mutalib bahawa pihaknya baru menyerahkan dokumen siasatan untuk diteliti pihak pembelaan.

Tertuduh, Mohamad Radzi Shaari, 42, didakwa menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan mencadangkan Aman Enterprise memperoleh kerja pembinaan Skim Rumah Mesra Rakyat di Pendang, Kedah sedangkan mengetahui kerja pembinaan itu akan dijalankan oleh adiknya, Mohd Sohime Shaari.

Mohamad Radzi yang kini memegang jawatan Penolong Pengurus Besar SPNB Kuala Lumpur didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat SPNB Wilayah Utara di Tingkat 5, Wisma Umno, Lorong Bagan Luar, di sini, pada September 2008.

Mohamad Radzi didakwa mengikut Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi.

Tertuduh diwakili peguam bela Mohd Shahrullah Khan Nawab Zadah Khan.

Mahkamah juga mengekalkan wang jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap Mohamad Radzi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan