‘Wanita Samurai’ Diperintah Jalani Pemeriksaan Mental

Diterbitkan: Jumaat, 12 Oktober 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini mengarahkan wanita yang bertindak berlari amuk dengan pedang samurai bersama seorang lelaki di luar Jabatan Perdana Menteri pada Julai ditahan untuk pemeriksaan mental selama sebulan.

Hakim, Mohamed Kamil Nizam turut memerintahkan untuk perbicaraan Muhdalena Ahmad, yang sebelum ini ditetapkan pada Khamis dan Jumaat, supaya ditangguhkan.

Mahkamah menetapkan 23 November bagi sebutan hasil penilaian itu.

Julai lalu, Muhdalena didakwa melakukan jenayah berbaur ugutan dengan mengancam yang menyebabkan kecederaan parah terhadap seorang anggota polis dan pertuduhan kedua kerana memiliki sebilah pedang.

Terdahulu, Peguam Muhdalena, M. Visvanathan memohon agar Muhdlanea dihantar untuk pemeriksaan di bawah Seksyen 342 Kanun Keseksaan bagi mendapatkan pemerintahan untuk perlindungan.

Permohonan itu disokong oleh laporan perubatan daripada Hospital Putrajaya yang menyatakan bahawa diagnosis Muhdalena sebagai ‘Gangguan kemurungan utama dengan ciri-ciri psikotik’ dan ‘Gangguan Delusi dengan Gangguan Kemurungan’.

Menurut laporan itu, Muhdalena, 28, sering mengalami déjà vu, mimpi negeri dan perasaan pelik di mana “dia merasakan dia adalah seorang pahlawan dari masa lalu yang bersedia untuk berjuang”.

“Tanda-tanda penyakit ini adalah khayalan dan halusinasi. Tertuduh kini bergantung pada ubat-ubatan dengan pengambilan Sertraline 100 miligram (mg) dan Sulpiride 200 mg setiap hari.

“Laporan perubatan juga mencadangkan supaya tertuduh perlu dirujuk kepada pakar forensik psikiatri,” kata Visvanathan.

Pada prosiding yang sama, Muhdalena didakwa dengan dua tuduhan tambahan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Beliau didakwa cuba untuk mengingkari suatu perintah untuk menggugurkan senjatanya seperti yang diperintahkan oleh Leftenan Koperal Ridzuan Megat Ahmad di kawasan larangan.

Muhdalena juga mengaku tidak bersalah untuk mengingkari perintah oleh seorang Menteri, dengan menghadirkan diri pada premis itu tanpa sebarang kad pas atau permit yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa.

Kesalahan itu dilakukan di sekitar Kompleks B Jabatan Perdana Menteri di sini pada kira-kira pukul 2.30 petang pada 9 Julai.

Muhdalena menghadapi hukuman penjara dua tahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan ikat jamin 1,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Muhdalena dan rakannya, Khalil Afendi menggemparkan negara apabila mereka berlari amuk di luar bangunan Jabatan Perdana Menteri pada 9 Julai lalu.

Kedua-dua mereka ditembak oleh polis dan Khalil meninggal dunia di Hospital Putrajaya selepas mengalami kecederaan teruk.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan